Lebih 4 Juta iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Pada minggu lepas Apple telah mengadakan acara pengumuman iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dan rata-ratanya menerima kritikan hebat terutamanya dari segi spesifikasi dan rekaan.  Walaubagaimanapun ia seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan kerana pada hari ini mereka telah mengumumkan lebih dari 4 juta unit iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah ditempah dalam tempoh 24 jam pada Jumaat lalu.

Dengan rekod tersebut, ia sekaligus merupakan rekod tertinggi antara kesemua iPhone terdahulu dan telah melebihi had stok tersedia yang dipunyai Apple. Bagi sesetengah pembeli yang telah membuat tempahan untuknya akan menerima telefon tersebut bermula Jumaat ini namun buat sesetengah pembeli juga berkemungkinan akan menerima telefon tersebut pada bulan Oktober, berikutan kekurangan stok tersedia.

Sekiranya masalah kekurangan stok ini berterusan, berkemungkinan penjualan untuk Malaysia akan dilewatkan. Sehingga kini masih tiada tarikh rasmi berkenaan penjualannya di pasaran tempatan namun apa yang pasti ia akan dijual menjelang akhir tahun ini.

Nota: