Lazada Dan AIG Bekerjasama Untuk Membolehkan Pelanggan Membeli Insurans Atas-Talian

Menurut sebuah laporan, dikatakan bahawa jumlah penembusan insurans am di Malaysia sebagai sebahagian GDP hanyalah dua hingga tiga peratus berbanding tiga hingga empat peratus di pasaran-pasaran lain yang lebih maju.

Nilai ini dikatakan cukup rendah kerana jumlah rakyat Malaysia yang tidak mempunyai sebarang insurans boleh dikatakan agak tinggi. Ini mungkin kerana ramai diantara rakyat Malaysia tidak begitu fasih akan jenis-jenis insurans yang baik untuk keperluan mereka dan keluarga mereka.

Oleh itu, Lazada bersama-sama dengan syarikat insurans AIG telah mengumumkan kerjasama untuk membolehkan rakyat Malaysia membeli insurans daripada kedai atas-talian tersebut dengan mudah dan cepat.

Di kedai atas-talian free-standing AIG tersebut, pengguna-pengguna Lazada boleh membeli insurans yang meliputi pelbagai aspek, termasuklah perjalanan, kes-kes kecurian ragut dan kemalangan peribadi bermula dari RM8 sehingga RM115.

Untuk melihat apa lagi jenis-jenis insurans yang boleh dibeli, anda bolehlah layari laman web AIG di Lazada.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: