Laptop Raspberry Pi Dicetak Pencetak 3D?

Semakin lama, semakin banyak benda yang dilaporkan dicetak oleh pencetak 3D kebelakangan ini. Dari senjata api, kapal terbang sehingga anggota badan manusia pun ada dicetak oleh printer 3D. Namun, projek kali ini merupakan yang paling hebat setakat ini. Mencetak Laptop Raspberry Pi dengan pencetak 3D.

Laptop Rasberry Pi

Laptop Raspberry Pi Dicetak Pencetak 3D?

Satu pos Reddit oleh sepasukan perekacipta dari London telah mendedahkan rancangan mereka untuk merekacipta sebuah Laptop Raspberry Pi. Secara asasnya, ia merupakan ia sebuah casing laptop yang dicetak menggunakan pencetak 3D yang mengandungi sebuah komputer mikro Rasberry Pi yang lengkap dengan trackpad, port-port dan skrin 13.3-inci TFT LCD (1366 x 768).

Prototaip laptop itu dicetak dalam 3 bahagian berasingan menggunakan pencetak Rostock Max V2 dengan nozel PLA 1.75mm pada kelajuan 70mm sesaat dan mengambil masa keseluruhan 160 jam untuk dicetak sepenuhnya.

Pasukan yang mengelarkan laptop tersebut sebagai “Pi-Top” mempunyai sasaran untuk membolehkan orang ramai melakukan apa yang mereka telah buat dengan mencetak sendiri komponen atau menggunakan kit belum dipasang mereka yang akan dikeluarkan melalu laman web Kickstarter.com tidak lama lagi.

Dengan itu, laptop Pi Top ini dipasarkan sebagai satu laptop yang mampu milik, di samping satu cara untuk belajar mencetak 3D, merekabentuk papan litar yang dicetak dan bagaimana merekacipta sebuah produk dari mula hingga akhir.

Jika projek mereka berjaya mengumpul dana yang disasarkan, pasukan itu merancang untuk mengadakan tutorial perkakasan percuma termasuk bagaimana memprogram menggunakan Raspbian OS.

The post Laptop Raspberry Pi Dicetak Pencetak 3D? appeared first on TechKini.com.

Nota: