Lagi Gambar Tertiris Memperlihatkan Antaramuka Nokia Normandy Seumpama MetroUI

Nokia Normandy merupakan salah satu peranti berasaskan Android daripada Nokia, dan dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini. Ia dilihat, platform Android untuknya telah diubah-suai untuk pelbagai perkara, termasuk yang utamanya adalah antaramuka keseluruhan pada peranti tersebut.

Secara kasarnya, ia dilihat seumpama dengan paparan antaramuka pada Windows Phone. Perkara ini mungkin memudahkan pengguna sekiranya mereka ingin mendapatkan telefon pintar berspesifikasi tinggi kelak – yang mana menjalankan Windows Phone daripada Nokia.

Nokia Normandy - Android

Pada antaramuka yang dikongsikan juga, ia dilihat menggunakan Nokia Store untuk mendapatkan aplikasi, disamping turut hadir dengan aplikasi pemetaan Nokia HERE Maps, dan juga Skype.

Selain daripada paparan untuk skrin utama, ia turut dilihat yang mana paparan untuk notifikasi juga diubah dan dijadikan selari dengan antaramuka berkenaan.

Peranti ini juga turut dilihat membawakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Nokia akan memperkenalkannya. Beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin hadir pada 25 Mac, dan menggunakan angka “1045″ pada versi perantinya.

Nota: