Lagi Gambar Antaramuka Baru Samsung Tertiris – Memperlihatkan Fungsi Seumpama Google Now

Pada CES 2014 yang lepas, pihak Samsung telah sedia memperkenalkan antaramuka baru mereka untuk tablet dinamakan Magazine-UX. Menariknya, selain daripada tablet, pihak Samsung juga dilihat sedang membangunkan antaramuka baru untuk telefon pintar mereka.

Samsung UI Baru

Antaramuka baru ini dilihat akan membawakan perubahan pada pelbagai perkara, termasuk skrin utama yang memperlihatkan pelbagai data dan info dalam bentuk cards.

Mengikut gambar paparan skrin yang dikongsikan @evleaks, selain daripada maklumat seperti cuaca dan aktiviti sukan, melalui antaramuka baru juga pengguna dilihat boleh memantau beberapa perkara lain termasuk kelab sukan kegemaran mereka, aktiviti bersukan, informasi penerbangan, peringatan untuk menghadiri sesuatu acara, dan pelbagai perkara lain termasuk aktiviti sosial.

Antaramuka Samsung Baru

Secara kasarnya boleh dikatakan ia membawakan fungsi seumpama Google Now, tetapi diperlihatkan pada skrin utama peranti berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah antaramuka baru ini akan diperkenalkan. Mungkin kita akan dapat melihat Samsung mengumumkannya bersama-sama dengan Galaxy S5 kelak.

Nota: