Kuasa viral

Utama

Kajang: Penyebaran berita mengenai penculikan Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, yang tersebar di media sosial membantu wanita yang menemui mangsa mengenalinya seterusnya menyelamatkan remaja itu pagi tadi.

Juliana Jeffrey, 42, berkata dia menemui Nur Darleen Dazeera yang sedang berjalan seorang diri berdekatan sebuah pasar raya di sini, selepas pulang daripada menghantar anak ke sekolah.

Difahamkan, Nur Darleen Dazeera ditinggalkan dua lelaki berkenaan di pasar raya yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumah mangsa selepas berita mengenai kejadian itu tersebar di laman sosial.

“Nur Darleen Dazeera berjalan seorang diri dan dia tergamam apabila anak saya menegurnya. Kami meminta dia menaiki kereta dan terus membawanya pulang ke rumah,” kata Juliana di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang perjalanan menuju rumahnya itu, Nur Darleen Dazeera menangis dan tidak bercakap.

“Memang berita mengenai kehilangan Nur Darleen Dazeera saya tahu selepas perkara itu viral di laman sosial,” katanya.

Nur Darleen Dazeera yang dilarikan dua lelaki sedang menunggu van ke sekolah, ditemui selamat kira-kira 2.20 petang, tujuh jam selepas kejadian,

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, Nur Darleen Dazeera dikatakan sedang menunggu van untuk ke sekolahnya yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah sebelum dilarikan dua lelaki.

Difahamkan mangsa dipaksa menaiki motosikal suspek selepas diacukan parang.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, 50, melahirkan rasa syukur anak saudaranya yang mesra dipanggil ‘Baby’ itu selamat.

“Biar polis lakukan siasatan berhubung perkara ini, terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya.

Menurutnya, seorang rakan anak saudaranya yang berada dalam van sekolah ternampak Nur Darleen Dazeera berada di atas motosikal dinaiki dua lelaki.

“Nur Darleen Dazeera berada di antara dua lelaki berkenaan dan melambai tangan ke arah rakannya tetapi dihalang lelaki itu,” katanya.

Image: 
BERNAMA

Kajang: Penyebaran berita mengenai penculikan Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, yang tersebar di media sosial membantu wanita yang menemui mangsa mengenalinya seterusnya menyelamatkan remaja itu pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: