Ku Chin Wah diarah bela

Utama

zura_jalil@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah diarah bela diri oleh Mahkamah Sesyen, hari ini, terhadap pertuduhan gagal mengisytiharkan perolehan harta, tiga tahun lalu.

Hakim Sohaini Alias memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed untuk meminda pertuduhan dengan menambah perkataan ‘dengan sengaja’ sebelum ayat ‘gagal mematuhi terma notis’ dalam pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 6 Februari tahun depan untuk prosiding bela diri.

Mengikut pertuduhan, Ku didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa), 23 Disember 2013.

Dengan itu tertuduh gagal mengisytiharkan segala punca perolehan dalam pernyataan bertulis dengan bersumpah, 8 Januari 2014.

Ku didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014 mengikut Seksyen 49(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Image: 
Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah diarah bela diri oleh Mahkamah Sesyen, hari ini, terhadap pertuduhan gagal mengisytiharkan perolehan harta, tiga tahun lalu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: