Kotak Permainan Call Of Duty Modern Warfare Remastered Tertiris

Tahun lalu COD Modern Warfare Remastered dipakejkan bersama Call of Duty Infinite Warfare Digital Deluxe Edition. Tindakan Activision untuk tidak menjual permainan klasik popular ini secara berasingan menimbulkan kemarahan peminat yang merasakan ini adalah taktik kotok memaksa mereka membeli edisi permainan yang lebih mahal.

Ura-ura penjualan Modern Warfare Remastered secara berasingan telah lama kami dengari. Tetapi hari ini gambar kotak permainan ini dalam versi PlayStation 4 telah akhirnya tertiris. Ia dipercayai akan dijual bermula 27 Jun hadapan. Harga jualannya lebih murah berbanding permainan baru untuk PlayStation 4 iaitu sekitar $40 (~RM 171).

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: