Korner : Sistem Penggera Rumah Yang Murah Dan Mudah

Kadar jenayah semakin meningkat dan berkadar terus dengan kos sara diri yang mahal di bandar utama. Di kawasan perumahan kami sudah ada beberapa kes pecah rumah yang berlaku ketika penghuni pergi kerja ataupun pulang ke kampung halaman. Ramai jiran-jiran kami mahu menggunakan sistem penggera komersial tetapi kos pemasangan dan yuran tahunan adalah agak mahal. Kenapa sehingga kini tidak ada khidmat sistem keselamatan yang mampu milik?

Korner mungkin jawapan kepada masalah ini. Ianya sistem penggera yang dipasang sendiri tanpa anda perlu membayar yuran perkhidmatan tahunan. Pengesan pergerakan berbentuk tiga segi dilekapkan pada hujung pintu ataupun tingkap yang ingin anda pantau. Apabila ianya dibuka, pengesan akan menghantar isyarat kepada dongle USB yang disambungkan kepada komputer di rumah anda. Dongle ini kemudian akan mengeluarkan bunyi penggera berfrekuensi tinggi serta menghantar maklumat berlaku pencerobohan kepada peranti pintar anda. Sebanyak 15 pengesan gerakan boleh disambungkan kepada sebuah dongle penggera pada satu-satu masa. Setiap satu pengesan ini boleh digunakan selama 3 tahun sebelum baterinya perlu digantikan.

Korner sedang dalam proses mencari dana untuk penghasilan komersial. Anda boleh memesannya pada harga 89 Dollar sebuah di laman rasminya.

 korner

korner-4

Sumber Korner

Nota: