Kontroversi Pertama Piala Dunia 2014

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kontroversi Pertama Piala Dunia 2014 | Bukanlah Piala Dunia namanya tanpa pengendalian yang menimbulkan persoalan.  Kontroversi pertama tercetus ketika perlawanan pembukaan yang menyaksikan pertarungan di antara negara tuan rumah, Brazil menetang Croatia.

Dengan kedudukan Brazil dan Croatia yang terikat 1-1, masuk ke separuh masa kedua perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 tersebut, negara tuan rumah telah diberikan sepakan penalti yang penuh kontroversi yang dilihat oleh orang ramai sebagai satu petanda ketidakcekapan pengadil, Yuichi Nishimura atau sifat pilih kasih FIFA.

Keputusan yang meragukan itu dibuat pada minit ke 71 apabila Fred dari pasukan Brazil terjatuh ke tanah setelah bersentuhan dengan pemain pertahanan Croatia, Dejan Lovren. Fred mengangkat kedua belah tangannya ke atas setelah terjatuh di atas rumput di stadium Itaquerao di Sao Paulo dan Nishimura bertindak balas dengan meniupkan wiselnya dan menunjuk ke arah petak penalti. Lovren diberikan kad kuning manakala Brazil diberikan peluang untuk memecahkan ikatan 1-1 tersebut.

Reaksi penonton yang dapat dibaca di media-media sosial kelihatannya riuh rendah sepertimana yang kelihatan pada pemain-pemain Croatia di padang. Tidak ketinggalan ramai yang berjenaka dengan menyatakan bahawa hero sebenar Brazil bukanlah Neymar sebaliknya Nishimura.

“Ia sangat memalukan, ini bukan pengadil Piala Dunia. Dia mempunyai satu kriteria untuk mereka (Brazil) dan kriteria lain untuk kami, peraturan tidak sama lagi” menurut jurulatih Croatia, Niko Kovac setelah kekalahan pasukannya itu, 3-1 kepada Brazil.

If you enjoyed this post, you should read this: Artikel

Kontroversi Pertama Piala Dunia 2014
zyra roxx

Nota: