Konsol Permainan Sony PlayStation 4 Mula Dijual Di Malaysia

Seperti dijanjikan, pihak Sony Malaysia telah pun mula menjual konsol permainan terbaru mereka – PlayStation 4 di pasaran tempatan bermula hari ini, 20 Disember.

PlayStation 4 dijana menggunakan cip pemprosesan AMD, dan pihak Sony dilihat memfokuskan kepada bentuk permainan sosial, termasuk integrasi butang share pada alat-kawalan permainan.

Alat kawalan untuk PS4 pula dikenali dengan nama DualShock 4, dimana turut menyertakan sebuah touchpad, dan hadir dengan sokongan lightbar yang boleh turut berhubung ke PlayStation Camera.

Di Malaysia, PlayStation 4 dijual pada harga RM1799 untuk set konsol PlayStation 4 (yang turut hadir dengan satu DualShock4). Pilihan kombo dengan PlayStation Camera dijual pada harga RM1899.

PlayStation 4

PlayStation 4

PlayStation 4

Nota: