(Konsep) Scarab – Tetikus Yang Boleh Berubah Menjadi Pengawal Permainan

Tetikus memudahkan kawalan ketika memainkan permainan FPS. Pengawal permainan pula memudahkan kawalan permainan aksi seperti Tomb Raider. Pengawal permainan lebih popular di kalangan pengguna konsol manakala tetikus pula popular di kalangan pengguna PC. Tetapi alangkah baiknya sekiranya kedua-dua peranti input ini dapat digabungkan menjadi satu. Scarab ialah konsep tetikus yang mampu berubah menjadi sebuah pengawal permainan.

Ia direka oleh Jan Winkels, seorang pereka yang berasal dari Jerman. Scarab berubah dari tetikus ke pengawal permainan dengan membuka “sayap” Scarab. Terdapat dua butang analog, satu butang kawalan digital dan empt butang kawalan muka. Dua butang tetikus berubah menjadi butang bahu seperti pada pengawal Xbox One. Sebuah konsep yang menarik bagi mengurangkan pelbagai peranti input untuk sesi permainan.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: