(Konsep) Nokia Normandy – Mungkinkah Telefon Android Nokia Kelihatan Begini?

Dengan pelbagai ura-ura dan desas-desus berkaitan peranti Nokia Normandy, kini pihak TechRadar mengumpulkan pelbagai info berkaitan dengannya dan hadir dengan sebuah video konsep khas untuknya.

Seperti semua sedia maklum, mengikut beberapa gambar yang telah tertiris sebelum ini, ia memperlihatkan antaramuka seumpama Windows Phone, selain mana turut mungkin hadir dengan integrasi aplikasi Skype pada peranti berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Nokia akan mengumumkannya. Gergasi dari Finland tersebut telah menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Februari ini, dan sama-sama kita nantikan adakah peranti tersebut akan dipertontonkan pada tarikh berkenaan.

Nota: