Konsep Kasut Daripada Sel Biologi Dan Boleh Membaik-Pulih Sendiri Diperlihatkan

Perkembangan dunia teknologi dan sains sering membuatkan ramai hadir dengan pelbagai projek-projek dan konsep yang menarik. Terkini, salah seorang pengkaji hadir dengan konsep untuk sebuah kasut menggunakan bahan sintetik biologi yang boleh membaik-pulih secara sendiri.

Kasut Protosel Biologi

Kasut berkenaan akan dicetak menggunakan pencetak 3D mengikut ukuran saiz kaki pengguna, dan dikatakan akan dilihat sebagai lapisan kulit kedua. Menariknya, ia dikatakan akan berubah mengikut tekanan dan gerakan pengguna, dimana ia menyesuaikan diri dan memberikan keselesaan kepada pemakai.

Untuk menjayakannya, teknologi protosel digunakan, selain akan mengabungkan pelbagai jenis molekul dalam hadir dengan sebuah sistem hidup buatan.

Kasut Protosel Biologi

Ia dikatakan, selepas menggunakan kasut berkenaan seharian, protosel tersebut akan kehilangan tenaga, dan memerlukan ia diletakkan didalam sebuah bekas khas dalam memastikan ia segar kembali.

Projek ini boleh dikatakan masih pada peringkat konsep awal buat masa ini, dan ia dijangka akan menjadi realiti sekitar tahun 2050 kelak.

Nota: