(Konsep) Iveco Z Truck – Trak Mesra Alam Bahan Api LNG Dan Pelincir Keluaran Petronas

Lori dan trak di jalan raya ialah antara sumber pencemaran udara terbesar. Asap hitam yang berkepul-kepul keluar sudah menjadi lumrah kehidupan di Malaysia. Bagi menghasilkan dunia yang lebih baik untuk generasi seterusnya, kenderaan komersial ini juga harus direka untuk menjadi lebih mesra alam. Iveco Z Truck ialah konsep kenderaan mesra alam yang menggunakan bahan api gas asli cecair (LNG).

Enjin 460 kuasa kuda yang digunakan membakar gas LNG dan memberikan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga sebanyak 37% berbanding enjin diesel biasa. LNG juga tidak mengurangkan penghasilan gas CO2 yang menyumbang kepada kesan rumah hijau. Tangkai LNG 1200 liter yang digunakan dapat memberikan jarak pemanduan sehingga 2200 kilometer. Minyak pelincir Petronas Urania yang berkelikatan rendah digunakan bagi melancarkan lagi operasi enjin. Tayar pintar keluaran Michelin pula sentiasa memberikan data kepada pemandu bagi mengoptimasikan pemanduan.

Iveco Z Truck masih lagi sebuah konsep dan belum bersedia untuk penghasilan secara komersial. Tetapi penghasilan kenderaan yang lebih lestari seperti ini ialah kunci kepada kelangsungan spesis manusia di dunia. Sekiranya tidak kita harus mengambil serius rancangan Elon Musk untuk mengkolonisasikan Marikh apabila bumi tidak lagi sesuai diduduki.

iveco-z-truck-concept-2

 

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: