(Konsep) Aplikasi Twitter Untuk Android Dengan Rekaan “Material Design”

Google pada Google I/O yang lepas telah memperkenalkan rekaan baru untuk Android, dinamakan sebagai “Material Design”. Beberapa pembangun telah mula membangunkan aplikasi mereka dengan garis panduan rekaan tersebut, dan tidak kurang juga mereka yang hadir dengan konsep untuk aplikasi popular sedia ada.

Salah satunya adalah daripada pihak Pixel Shift yang memperlihatkan rekaan konsep untuk aplikasi Twitter dengan rekaan Material Design.

Twitter Material Design

Bagi kebanyakkan pengguna, mereka tidak begitu mengemari rekaan aplikasi Twitter untuk Android pada hari ini. Saya sendiri, hanya sekadar mengakses menu garis masa utama dan juga notifikasi sahaja (dan kadang-kala DM), sekaligus membuatkan menu utama pada bahagian atas agak menganggu.

Twitter Material Design

Melalui rekaan konsep ini, ia membawakan menu pada bahagian tepi (seperti beberapa aplikasi Twitter), selain turut memperlihatkan pengoptimasian untuk pengguna tablet.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekaan konsep ini? Adakah anda menyukainya ataupun lebih mengemari rekaan sedia-ada?

Nota: