Komputer judi RM2.5 juta dilupuskan

Mutakhir

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Gombak: Sebanyak 2,993 komputer yang digunakan untuk judi dalam talian bernilai RM2.5 juta yang dirampas di daerah ini dilupuskan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, jumlah rampasan itu membabitkan tempoh lebih lapan tahun iaitu sepanjang 2008 hingga pertengahan tahun ini.

“Kami mendapat perintah mahkamah untuk melupuskan barang rampasan itu yang membabitkan 167 kes yang direkodkan di daerah ini sepanjang tempoh berkenaan.

“Malah, lebih 200 tangkapan dibuat membabitkan kes perjudian dalam talian dibuat membabitkan warga tempatan dan asing dalam tempoh berkenaan,” katanya pada sidang media majlis perlupusan barang kes komputer perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Ali berkata, pihaknya komited dalam usaha mengekang aktiviti perjudian dalam talian daripada berleluasa di daerah ini dengan menjalankan operasi secara berterusan.

“Hasil operasi yang dijalankan secara berterusan, kami yakin mampu menurunkan indeks jenayah membabitkan perjudian dalam talian di daerah ini,” katanya.

 

lupus mesin perjudian dalam talian
Image: 
Nurul Hidayah Bahaudin

Gombak: Sebanyak 2,993 komputer yang digunakan untuk judi dalam talian bernilai RM2.5 juta yang dirampas di daerah ini dilupuskan.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: