Kolibree – Berus Gigi Yang Dihubungkan Ke Telefon Melalui Bluetooth

Hari ini, boleh dikatakan pelbagai peranti dihubungkan ke peranti mudah-alih atau internet – seterusnya membolehkan data berkenaan penggunaannya didapati dan dianalisa pengguna.

Mengambil konsep yang sama, kini sebuah berus gigi elektrik yang dihubungkan ke telefon pintar melalui Bluetooth turut diperkenalkan, dinamakan sebagai Kolibree.

Kolibree

Kolibree turut hadir dengan sebuah aplikasi khas, dimana pengguna perlu terlebih dahulu memuat-turun dan memasangnya pada telefon pintar mereka. Seterusnya, pelbagai data akan disync terus ke peranti anda, termasuk cara anda menggosok gigi, berapa lama anda menggosok gigi, serta beberapa yang lain. Ia turut menyediakan skor untuk pengguna, membuatkan anda lebih bersemangat untuk menggosok gigi.

Kolibree ini bakal dipasarkan pada tahun ini. Harga rasminya masih tidak diketahui buat masa ini.

Nota: