Kolam lumpur perangkap maut

Utama

ardyhansah@hmetro.com.my

Tawau: Lima gajah pigmi ditemui mati selepas terperangkap dalam kolam lumpur di Rinukut, dekat sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL), Augustine Tuuga berkata, sebelum itu, pihaknya mendapat maklumat aduan awam berhubung penemuan kawanan gajah yang berada di kolam berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terdapat sembilan gajah dipercayai berada dalam satu kawanan terperangkap di sana.

“Lima daripadanya didapati mati, manakala empat lagi masih hidup,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripada empat gajah yang terselamat terpaksa diberi pelali dan dimatikan akibat terlalu lemah.

“Dua lagi gajah masing-masing seekor jantan dan betina berjaya dikeluarkan dari kolam lumpur itu dan kembali semula ke habitat asal.

“Kolam iu kini ditimbus semula bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Image: 
Ardyhansah Amat

Tawau: Lima gajah pigmi ditemui mati selepas terperangkap dalam kolam lumpur di Rinukut, dekat sini, Sabtu lalu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: