`Kita bantu sampai okay'

Utama

yusmizal@hmetro.com.my

“KITA akan bantu sebaik mungkin dan doakan Tuan Haji Jaffar kembali pulih seperti biasa.”

Itu kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau membuat panggilan video untuk bercakap dengan Zainon Abdul Rahman, 56, iaitu isteri kepada Jaffar Saion.

Jaffar Saion kini masih menerima rawatan di Hospital St Vincent Sydney akibat angin ahmar sejak 30 Ogos lalu.

Shamsul Anuar sempat bertanyakan khabar Jaffar dan keluarganya dan meminta mereka bersabar sementara semua proses diselesaikan.

Dalam perbualan itu, Zainon mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan berharap dapat membawa pulang suaminya seperti dijadualkan.

Katanya, mereka sekeluarga menanti dengan penuh harapan perkembangan dari semasa ke semasa keadaan suaminya daripada pasukan perubatan.

Image: 
Daripada Yusmizal Dolah Aling di Sydney

“KITA akan bantu sebaik mungkin dan doakan Tuan Haji Jaffar kembali pulih seperti biasa.”

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: