Kisah Wanita Yang Telah 8 Kali Melawan Barah

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kisah Wanita Yang Telah 8 Kali Melawan Barah | Saya tinggal berhampiran bandar Bray, Ireland. Saya telah berkahwin dengan Cian selama 15 tahun dan mempunyai dua cahaya mata. Kami membina sebuar rumah dalam taman ibubapa saya, kami hidup bahagia bersama beberpa ekor haiwan perliharaan. Sehinggalah pada tahun 2007, ketika saya telah disahkan menghidap barah payudara buat kali pertama ketika berumur 33 tahun.

Saya berazam supaya barah tersebut tidak akan menjejaskan segalanya. Para doktor meyakinkan saya bahawa keadaan saya baik, jadi saya memilih untuk percaya mereka dan menerima hakikat ini walaupun pahit. Anak-anak saya, yang berumur 7 dan 5 tahun, berada dalam minda saya ketika saya memikirkan tentang kemungkinan pada masa hadapan, dan saya mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada mereka secara terbuka.

Dalam masa beberapa jam setelah bercakap dengan doktor, Cian membawa anak-anak ke hospital dan saya duduk dengan mereka di sebuah kafe. Bertemankan jus dan mufin coklat, saya menerangkan bahawa ada dua perkara yang sedang berlaku, yang menyebabkan mengapa saya perlu tinggal di hospital. Perkara pertama adalah penyakit autoimmune yang disebut dermatomyositis (yang berlaku secara sendiri atau dengan kehadiran barah) dan seorang doktor perempuan akan mengubatinya. Perkara yang kedua pula adalah barah, dan seorang doktor lelaki akan mengubatinya. ‘Adil lah macamtu,’ kata anak lelaki saya. ‘Sorang lelaki, sorang perempuan’.

Saya menggunakan semua perkataan orang dewasa seperti barah, tumor, kemoterapi. Saya tahu anak-anak dapat menerima kesemuanya sebab saya memberitahu mereka dengan senyuman tenang. Mereka percayakan saya tanpa ragu. Saya tak pernah ingin mematahkan kepercayaan itu. Saya memberitahu yang saya akan memerlukan ubat anti-barah khas. ‘Kamu tahu tak apa yang kelakar tentang ubat kemoterapi?’ tanya saya. ‘Apa?’ kata mereka sambil mendekat.  ’Ia akan menyebabkan kesemua rambut emak gugur dan emak akakn kelihatan seperti lolipop kalau emak tak pakai rambut palsu!’ Mereka ketawa.

Suami saya tidak setabah saya ketika itu. Dia masih terkejut dengan berita tersebut, jadi dia memilih untuk pergi mengambil angin ketika saya memebritahu anak-anak tentang perkara itu. Ketika dia kembali ke kafe, anak-anak meluru mendapatkannya. ‘Mak ada barah tetapi ia akan diubati,’ kata mereka, teruja dengan pengetahuan baru tersebut. Suami terseyum sambil menganggukkan kepala meyakinkan mereka.

Semasa saya bagun untuk mengikut suami dan anak-anak, saya perasan ada pasangan tua yang basah dengan air mata, ‘Kami minta maaf, kami terdengar perbualan kamu, kami harap kamu akan pulih’ kata perempuan tua tersebut. Saya meminta maaf kerana telah membuat mereka sedih dan memberitahu mereka saya benar-benar berazam untuk kembali sembuh.

Saya menjalani 6 kali kemoterapi, kehilangan rambut, kehilangan berat dan rasa agak gusar pada satu-satu masa. Sebenarnya saya dah tahu tentang risiko barah, sebab dua mak cik saya sebelah ibu telah berjaya pulih dari barah payudara, seorang lagi telah meninggal kerananya, dan moyang saya meniggal desebabkan barah ovari. Tapi saya sangka saya dapat melaluinya. Pada tahun 2006 saya telah melakukan pembedahan membuang ovari bagi mengecilkan risiko mendapat barah. Saya rasa saya akan terselamat dari terkena barah. Sangkaan saya ternyata salah.

barah1 Kisah Wanita Yang Telah 8 Kali Melawan Barah
Saya tahu pakar bedah telah menjumpai tisu pra-barah pada payudara kiri saya semasa pemeriksaan dahulu, tetapi saya silap meyakinkan mereka bahawa tiada rawatan susulan diperlukan. Saya disahkan menghidap barah payudara kurang dari setahun selepas pembedahan pencegahan tersebut. Barah menjalar ke leher, bahu dan juga bawah lengan saya sebelah kiri.

Sejak itu, saya melawan barah sebanyak 8 kali. Sekarang saya sedang menjalani rawatan radiasi setelah disahkan semula untuk kali kesembilan. Bagi saya, barah bukan saja memberi kesan kepada pesakit, tetapi kelurga dan rakan-rakan juga. Terasa begitu susah untuk memberitahu mereka yang saya sayang setiap kali penyakit ini datang semula. Tapi saya masih di sini. Teknologi perubatan yang semakin canggih bermakna rawatan semakin baik dari semasa ke semasa. Lebih ramai wanita yang berjaya selamat.

Startegi Emma dalam mengedalikan barah

1. Senaman ringkas untuk elakkan kelesuan. Saya bukanlah seorang yang cergas, tetapi 20 minit berjalan kaki dapat membantu.

2. Ketawa – Hanya kerana anda menghidap barah, tak bermaksud anda tidak boleh ketawa. Sepatunya ia menjadi perkara wajib setiap hari.

3. Hargai diri sendiri dengan menonton wayang atau memakan coklat.

4. Bersembang – Jangan pandang remeh akan kuasa penyembuhan yang didapati melalui dengan cara bersembang

6. Senyum  – Sebenarnya ia meggunakan 43 otot untuk bermuka masam dan hanya 17 otot untuk senyum.

7. Jangan putus harapan  – tidak dibenarkan sama sekali.

Saya bertuah kerana dikelilingi keluarga dan rakan yang memahami Mereka banyak membantu, terutamanya tentang anak-anak saya. Dan saya tak pernah rasa tiada sesiapa. Kami semua menjadi sudah terbiasa dengan barah sekarang, itu dalah hakikatnya. Saya sering bertanya banyak soalan kepada doktor dan mereka sangat berkerjasama dalam menjawab setiap pertanyaan saya. Pengetahuan itu adalah satu kuasa, dan kuasa boleh membantu dalam mengurangkan ketakutan.

Semoga cerita Puan Emma di atas dapat memberi inspirasi kepada para pesakit barah untuk terus tabah menjalani kehidupan seharian.

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Kisah Wanita Yang Telah 8 Kali Melawan Barah
zyra roxx

Nota: