Kilang perabot musnah terbakar

Mutakhir

am@hmetro.com.my

Tampin: Kilang perabot di Kawasan Industri Kecil Gunung Mas, di sini, musnah terbakar dalam kejadian malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Dullasi Nathan berkata, seramai 11 anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat jam 11. 30 malam.

Katanya, sebaik tiba dua minit kemudian, api dilihat marak membakar premis berkenaan.

Menurutnya, kerja pemadaman dilakukan segera namun kilang itu musnah seratus peratus.

“Punca kebakaran dan kerugian buat masa ini sedang disiasat.

“Kebakaran turut merebak di dua kilang berdekatan namun api dapat dikawal,” katanya.

 

Image: 
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Tampin: Kilang perabot di Kawasan Industri Kecil Gunung Mas, di sini, musnah terbakar dalam kejadian malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: