KFC – salah satu restoran yang popular dengan ayam goreng, kini menyambut ulang-tahun ke-30 di China dengan memperkenalkan telefon pintar berjenama KFC hasil kerjasama dengan Huawei.
Telefon pintar ini hadir dengan warna merah yang sinonim dengan KFC, dan turut menyertakan logo KFC pada bahagian belakang. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sebuah aplikasi KFC khusus, termasuk sebuah aplikasi muzik yang membolehkan pengguna mengawal muzik yang dimainkan di restoran KFC.
Spesifikasi penuh dan harga jualan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Tetapi ia agak menarik untuk melihat KFC lebih memfokuskan kepada arena teknologi – termasuk mendekati para pengguna dengan kebolehan untuk mengawal lagu di restoran mereka.
Bagi anda, sekiranya KFC Malaysia menawarkannya, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar ini?