Ketua Pegawai Eksekutif Motorola Mobility Menyertai Dropbox

Dengan transasi pengambil-alihan Motorola oleh Lenovo, mungkin kita akan melihat pelbagai perubahan pada Motorola. Terkini, CEO Motorola mengumumkan yang mana beliau akan berhenti daripada jawatan Motorola pada penghujung Mac kelak.

Selepas berhenti, beliau akan menyertai Dropbox sebagai COO (Ketua Operasi). Dennis Woodside dijangka akan terus mengembangkan Dropbox pada tahap global.

Dropbox pada hari ini sendiri sedia digunakan ramai pengguna, disamping turut disertakan dengan beberapa peranti mudah-alih seperti Samsung – menawarkan ruangan tambahan percuma.

Dengan penyertaan Dennis ke Dropbox, semestinya ramai yang ingin melihat perkembangan Dropbox, selain pada masa yang sama melihat transasi Motorola Mobility yang kini dimiliki Lenovo. Pemergian Dennis akan digantikan dengan Jonathan Rosenberg yang akan menjadi COO Motorola Mobility bermula 1 April kelak.

Nota: