Kesian! Pelajar China Terpaksa Bawa Meja Sendiri Ke Sekolah

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kesian! Pelajar China Terpaksa Bawa Meja Sendiri Ke Sekolah | Di sebalik kejayaan negara China menyaingi negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun tahap kemiskinan masih sangat tinggi. Minimnya keadaan penduduk di beberapa kawasan selaras dengan pendidikan yang ada.

Kesan itu boleh dilihat pada Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Ketika memasuki tadika di tahun baru, Wang Ziqi bukan hanya terpaksa menyediakan pelbagai keperluan sekolah, tetapi Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Kesian Pelajar China Terpaksa Bawa Meja Sendiri Ke Sekolah2 Kesian! Pelajar China Terpaksa Bawa Meja Sendiri Ke Sekolah

“Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah,” kata seorang penjaga murid kepada stesen berita NBC. “Tapi apabila sampai ke tempat kami, wang itu menghilang.”

Walaupun kerajaan tempatan di sana sudah bertindak balas dengan memberikan tambahan meja dan komited akan memberikan bantuan lebih dari US $ 600,000 untuk menutup defisit anggaran, namun banyak dari penduduk yang tetap tidak percaya dengan janji-janji tersebut.

“Saya lebih suka percaya hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan,” tjelas mereka pada berita Changjiang Times

sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Buku Mengenai MH370 Telah Diterbitkan Di London

Kesian! Pelajar China Terpaksa Bawa Meja Sendiri Ke Sekolah
Emas Putih

Nota: