Kesalahan Merawat Jerawat Yang Perlu Anda Tahu

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kesalahan Merawat Jerawat Yang Perlu Anda Tahu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang dikashi sekalian. Ingat tak lagi sebelum ni Dr Fuh ada kongsikan petua merawat dan menghilangkan jerawat beberapa bulan yang lepas. Harini Dr Fuh nak kongsikan dengan pembaca artikel tentang kesalahan merawat jerawat yang kadang-kadang kita sendiri tak sedar sebenarnya petua atau tips yang kita amalkan tu adalah salah dan tidak berkesan.

Jerawat adalah satu perkataan yang paling ditakuti kaum hawa dan kini kaum adam pun mungkin tidak suka mendengar perkataan ini tetapi ketahui sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat janganlah tersilap dan tersalah cara untuk merawatnya.

Kerana sesetengah orang berpendapat sekiranya ada jerawat tumbuh di wajah boleh menyapu ubat gigilah nanti jerawat itu mengecut dan hilang. Oh itu semua tidak benar sama sekali kerana tiada kajian yang mengesahkan dakwaan itu kerana mustahil dengan meletakkan ubat gigi jerawat anda akan hilang sekelip mata.

Sebenarnya dengan meletakkan ubat gigi ianya tidak memberi kesan apa-apa bahkan mungkin boleh memberi kesan lebih teruk pada wajah anda.

Banyak lagi kesalahan yang tanpa kita sedari ianya tidak membantu dalam menghilang jerawat di wajah kita.

Jom kita lihat antara kesalahan-kesalahan dalam merawat jerawat

Sapu ubat gigi

Seperti yang diperkatakan tadi dengan meletakkan ubat gigi pada jerawat yang tumbuh itu boleh menghilangkan jerawat. Nah itu semua tidak benar, tetapi sebenanrya ubat gigi itu berfungsi lebih untuk memberi kesejukan pada wajah sahaja. Malah sebenarnya bahan-bahan yang terkandung dalam ubat gigi itu boleh menyebabkan kulit anda kemerahan dan seperti terbakar.

Perah limau atau lemon

Limau dan lemon adalah buah-buahan yang memang sedap untuk dimakan serta aromanya yang harum dan menyegarkan pasti menjadi tarikan. Namun kini ada sesetengah wanita mengamalkan cara yang salah untuk merawat jerawat kerana ketahuilah air perahan limau dan lemon itu terkandungnya asid yang agak tajam yang mana apabila terkena pada kulit ianya akan menyebabkan jerawat anda semakin gatal dan merah-merah.

Berjemur

Berjemur di tengah panas sememang dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada di bawah kulit muka. Namun begitu, secara tidak langsung jerawat yang tumbuh itu juga akan meninggalkan kesan bintik hitam dan akhirnya akan membuatkan kulit wajah kamu semakin lain bahkan jerawat juga akan semakin merebak lagi.

Air putih telur dan hirisan tomato

Buah tomato memang tidak disangkal mempunyai khasiat dan baik untuk kulit kerana mengandungi vitamin A. Tetapi ia tidaklah terlalu berkesan untuk menghilangkan masalah jerawat di kulit anda dan petua menggunakan air putih telur juga tidak pratikal kerana mungkin sesetengah berjaya tetapi kesannya pada jangka masa panjang mungkin tidak berkekalan.

Dah tau kan? So tak perlulah amalkan cara-cara seperti diatas ni. Amalkan petua yang Dr Fuh kongsikan sebelum ni ya. – Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Fenomena Tsunami Ombak Ais

Kesalahan Merawat Jerawat Yang Perlu Anda Tahu
Dr Fuh

Nota: