Kerajaan Bersedia Untuk Mengkaji Kewajaran Menutup Laman Facebook

Facebook sedia menjadi salah satu laman sosial popular seluruh dunia, sekaligus menjadikan pelbagai perkara tersebar melaluinya – termasuk berita-berita yang tidak sahih. Bercakap mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan yang mana pihak kerajaan bersedia untuk mengkaji kewajaran untuk menutup laman sosial Facebook.

Ahmad Shabery Cheek

Beliau berkata yang mana kementerian akan menjalankan kajian berkaitan dengannya, dan sekiranya orang ramai berpendapat laman sosial tersebut harus ditutup, maka kerajaan mungkin menimbangkan mengenainya – walaupun ia sesuatu yang radikal.

Menteri Komunikasi dan Multimedia sendiri melalui laman Facebook rasmi beliau telah mula bertanya akan pendapat pengguna mengenai perkara tersebut, dan ramai yang memberikan mengatakannya tidak wajar, selain ada yang meminta supaya pihak kerajaan membuat penguatkuasaan dan memantaunya dengan lebih aktif.

Apa pun, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menekankan yang mana ia adalah salah satu perkara yang mustahil, memandangkan perkhidmatan tersebut digunakan oleh hampir kesemua pengguna tempatan dengan akses internet, dan hanya 2000 laporan penyalahgunaan sahaja yang diterima buat masa ini.

Bercakap mengenai perkara yang sama, pihak SKMM mengatakan yang mana para pengguna perlu lebih bermuhasabah, dan klik dengan bijak – serta tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih. Facebook boleh dikatakan sebagai sebuah kedai kopi, yang mana sekadar platform sahaja, dan tidak adil untuk menutup akses untuknya.

Nota: