Kenapa Warna Rose Gold Kini Menjadi Pilihan ?

Telah menjadi kebiasaan untuk gajet-gajet dan peranti elektronik dihasilkan dalam warna yang tidak memberangsangkan. Banyak gajet berwarna hitam atau putih, mahupun warna perak kerana bahan aluminium. Justeru apabila wujud pilihan warna berlainan, banyak permintaan keatas peranti yang menawarkan warna tersebut.

Salah satu warna yang mendapat perhatian ramai adalah warna Rose Gold. Warna Rose Gold atau apa yang selalu kami terjemahkan kepada merah jambu emas adalah salah satu warna yang memikat ramai pengguna malah menyerlahkan sisi feminin untuk peranti tersebut. Warna yang pertama kalinya wujud pada pilihan Samsung Note 3, dan dipopularkan Apple untuk siri iPhone mereka ternyata mendapat permintaannya yang tersendiri.

Di Malaysia, populariti peranti dengan warna Rose Gold semakin melonjak naik. Ramai pengguna mendapatkannya, malah artis tersohor tempatan iaitu Dato Siti Nurhaliza iaitu duta peranti ini turut menyukainya. Warna ini juga lebih menenangkan jika dibandingkan dengan warna Gold asal. Ini kerana warna emas meskipun tampak premium, ia adalah sedikit garang dan terlalu menyerlah. Rose Gold, disebalik intipati ’emas’-nya yang menampakkan tahap premium, ia tidak segarang warna emas asal.

Kini, permintaan bagi peranti-peranti dengan warna Rose Gold sama popularnya dengan peranti yang membawakan warna Gold. Terbaru vivo mengumumkan vivo V5 versi Rose Gold. Telefon pintar yang membawakan dwi-kamera selfie 20MP ini sesuai bagi anda yang ingin tampil berbeza berbanding peranti yang lain. Jika kebanyakan pengguna menggunakan peranti dengan warna yang tidak unik, apabila menggunakan vivo V5 Rose Gold anda sudah tentu berbeza dari yang lain.

vivo V5 Rose Gold dengan warna yang premium dan berketrampilan ini dijual secara meluas di semua pengedar sah vivo seluruh Malaysia, dan juga kedai-kedai gajet dan elektronik terkemuka. Jika anda selalu menyangka peranti berwarna merah jambu untuk wanita, boleh dikatakan pendapat anda kurang tepat kerana peranti ini tidak tertakluk kepada mana-mana jantina, dan memilihnya menyerlahkan keyakinan anda memilikinya.

Ketahui lebih lanjut: vivo V5 Rose Gold

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: