Seiring dengan kefahaman teknologi dikalangan rakyat tempatan, pertumbuhan laman jual beli atas talian juga makin pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu laman jual beli yang terkemuka adalah Shopee dan menariknya mereka hadir dengan fokus berbeza, iaitu laman mereka mengutamakan pengguna peranti mudah alih dan membolehkan mereka bukan sahaja melakukan pembelian, malah penjualan barang termasuklah perkhidmatan logistik untuknya.
Shopee telah mula bertapak di pasaran tempatan sejak akhir tahun 2015 dan sehingga akhir bulan Julai, aplikasi mereka telah dimuat-turun melebihi dua juta. Mereka juga kini menguruskan lebih dari 250,000 transaksi setiap hari. Pengguna boleh membeli pelbagai barangan menerusi aplikasi ini, dan turut menjual barang. Shopee memudahkan pengurusan penjualan barnagan kepada peniaga, malah turut menyediakan komponen untuk mengintegrasikan penjualan menerusi Instagram, kepada halaman jualan mereka. Bagi menjayakan perkhidmatan logistik, Shopee bekerjasama dengan Poslaju dimana subsidi penghantaran barangan diberikan kepada penjual.
Pada 9 September ini, mereka akan melakukan jualan khusus Mobile Shopping Day dimana pada hari tersebut akan terdapat jualan khas yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang murah serta tawaran khas secara bidaan. Pengguna boleh mendapatkan peranti terkini seperti Samsung Note 7 dan Huawei P9 pada bidaan bermula RM9.90.
Layari: Shopee Mobile Shopping Day
Muat-turun: Aplikasi Shopee (iOS)
Muat-turun: Aplikasi Shopee (Android)
| Baca artikel penuh inspirasi di INSPIRASI