Kematian Elvis Presley: Keputusan DNA Elvis Mengejutkan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kematian Elvis Presley: Keputusan DNA Elvis Mengejutkan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Pertama sekali, Teacher Muja ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga krew dan penumpang pesawat MH370. Seikhlasnya, Teacher Muja di sini masih mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT untuk semua yang terlibat.

Ini adalah berita yang akan menyebabkan keluarga dan peminat Elvis Presley terkejut. Keputusan DNA yang diperoleh daripada rambut Elvis Presley menunjukkan beliau menderita sejenis penyakit genetik jantung iaitu hypertrophic cardiomyopathy. Beliau menunjukkan simptom keadaan ini dalam tahun-tahun terakhir hayatnya termasuklah degupan jantung yang tidak sekata, keletihan, pengsan dan tekanan darah yang tinggi. Penemuan baru ini menunjukkan yang penyanyi popular ini memang ditakdirkan untuk meninggal dunia pada usia muda, walaupun bagaimana diet yang dijalankannya.

DNA selebriti terkenal ini memberikan harapan baru untuk menganalisis genome Elvis- blueprint genetik kehidupan. Keputusan ini didapati selepas membeli rambut Elvis daripada seorang kawan kepada tukang gunting rambutnya dengan harga $2000.

Penyampai, Mark Evans berkata, “Sebahagian daripada keputusan sangat menakjubkan – tidak kurang DNA itu kami percaya datang dari Elvis. Elvis dan doktornya telah dituduh bertahun-tahun kerana kematian pramatangnya. Ia dianggap pemakanannya berlebihan dan dos dadah berlebihan telah membunuhnya.”

Elvis Presley 1262051 Kematian Elvis Presley: Keputusan DNA Elvis Mengejutkan

1970: Pada hujung Februari, Presley mempersembahkan persembahan kehadiran pecah rekod di Houston Astrodome.

“Dalam semua ketagihan itu mungkin membantu, bukti baru ini memungkinkan yang Elvis mungkin mempunyai kecacatan pada DNAnya dan kematian awalnya adalah takdir genetiknya.”

Sepanjang 3 bulan pemeriksaan DNA itu, masalah ditemukan pada kromosom 11- sejenis varian yang diketahui boleh menyebabkan hypertrophic cardiomyopathy– sejenis penyakit pada otot jantung yang biasanya terjadi pada lelaki di usia antara 20 hingga 40 tahun. Kromosom 19 menunjukkan varian untuk obesiti. Kromosom 17 menemukan glaucoma dan kromosom 1 menunjukkan varian untuk migrain.

Mr Evans berkata yang dia sangat yakin yang rambut itu asli dan dia sedang berurusan dengan DNA Elvis kerana keaslian rambut itu. Apabila ditanya jika penemuan signifikan, Dr Stephen Kingsmore yang melakukan analisis di Centre of Paediatric Genomic Medicine di Kansas berkata,”Ia adalah terbukti.”

1977 Elvis Presley over weight 1262231 Kematian Elvis Presley: Keputusan DNA Elvis Mengejutkan

1977: Elvis dengan berat badan berlebihan dan semakin menurun tidak lagi menampilkan superstar dengan populariti ‘melonjak dengan rupa tampannya.

“Kita boleh menasihatkannya untuk mengubah dietnya. Beliau mungkin akan mendapat kehidupan berlainan”

Penganjur program itu menghubungi pejabat anak perempuannya Lisa Marie Preslie tetapi dikatakan tidak pernah mendapat respon. Elvis meninggal di dalam bilik mandinya pada 16 Ogos 1977 pada usia 42 tetapi majoriti butir kematiannya disembunyikan daripada orang ramai. Pada masa ini, Elvis menderita aucoma, tekanan darah tinggi, kerosakan hati dan kolon membesar.

Pengajarannya, sehebat mana pun seseorang itu, kematian yang misteri sentiasa menunggu. Kita tidak pernah tahu bila giliran kita. Maka, kita perlulah sentiasa bersedia dengan bekalan untuk dibawa ke alam sana. Ibadah itulah yang perlu di dunia yang bercelaru.

Wassalaam

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Bandar-Bandar Menakjubkan Yang Di Bina Di Pinggir Tebing

Kematian Elvis Presley: Keputusan DNA Elvis Mengejutkan
muja

Nota: