Kemaskini WhatsApp Untuk Android Menawarkan Lebih Kawalan Untuk Perbualan Dalam Groups

Pada WhatsApp, salah satu fungsi yang menarik adalah kebolehan untuk sembang berkumpulan – iaitu membolehkan anda menghantar dan menerima mesej daripada lebih dari seorang dalam sesuatu perbualan.

Kini, melalui kemaskini terbaru untuk Android, ia dilihat pihak WhatsApp menyertakan beberapa fungsi baru khusus untuk Groups.

WhatsApp Mute

Salah satunya adalah kebolehan untuk mute sesuatu Group itu untuk tempoh yang lebih lama, dimana beberapa pilihan baru yang disertakan termasuk untuk sebulan, setahun, mahupun seabad.

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh memilih untuk menyembunyikan notifikasi daripada Groups tersebut untuk tempoh yang dipilih, sekaligus membolehkan anda tidak terganggu dengan kemaskini daripada sesuatu Group untuk sesuatu tempoh.

Kemaskini ini ditawarkan secara manual buat masa ini, dan mungkin akan diterbitkan di Google Play Store tidak lama lagi.

Nota: