Kemaskini Sony SmartWatch 2 Membolehkan Pengguna Mencipta Dan Mengubah Paparan Jam

Sony-SmartWatch-2-gets-an-update-to-add-custom-watch-faces-and-new-featuresSony SmartWatch 2 merupakan jam tangan pintar generasi kedua daripada Sony dan hari ini, peranti ini mula menerima kemaskini terbaru bagi membolehkan pengguna mencipta dan mengubah paparan jam mengikut kesukaan mereka.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan, pengguna kini boleh membuat kustomasi pada paparan jam dengan menyusun atur kedudukan jam dan widget seperti meletakkan notifikasi, info cuaca, dan status bateri pada paparan utama SmartWatch 2.

Dari segi tetapan aplikasi, sebarang aplikasi yang dipasang kini boleh diaktifkan dan dinyah-aktifkan terus daripada SmartWatch 2. Beberapa aplikasi baru seperti kalkulator turut tersedia bersama-sama dengannya bagi membolehkan sebarang perkiraan matematik dilakukan terus pada peranti ini.

SmartWatch 2

Beberapa perkara lain turut ditambah seperti kebolehan mengubah latar belakang dengan gambar pilihan daripada pengguna.

Selain memperkenalkan fungsi baru, kemaskini ini turut menambahbaik prestasi keseluruhan yang mana kini lebih kelihatan responsif berbanding sebelumnya.

Kesemua kemaskini bakal diedarkan terus melalui paparan SmartWatch 2 dan sekiranya pengguna tidak menerimanya, muat-turun aplikasi SmartWatch 2 SW2 di Google Play Store dan sambungkan jam tangan ini melalui aplikasi Smart Connect pada telefon atau tablet anda.

Nota: