Kemaskini Lumia Black Hadir Untuk Pengguna Nokia Lumia 920

Selepas memperkenalkan kemaskini Lumia Black untuk pengguna Lumia 925 dan juga Lumia 1020 sebelum ini, ia dilihat pihak Nokia hari ini turut sama telah mula menawarkan kemaskini sama untuk pengguna Lumia 920.

Kemaskini Lumia Black membawakan beberapa fungsi baru, termasuk lebih banyak notifikasi pada Glance Screen, sokongan kamera lebih baik dengan Nokia Camera, aplikasi Nokia Storyteller, perkongsian skrin melalui Nokia Beemer, AppFolder, dan beberapa yang lain.

Pengguna Nokia Lumia 920 boleh mengemaskini peranti anda hari ini dengan ke halaman Settings dan memilih Phone Update melaluinya.

Nota: