Kemaskini Lumia Black Hadir Untuk Pengguna Nokia Lumia 520 Di Malaysia

Selepas memperkenalkan kemaskini Lumia Black untuk beberapa telefon pintar Nokia Lumia sebelum ini, hari ini kemaskini sama telah mula diperkenalkan kepada mereka yang menggunakan telefon pintar Nokia Lumia 520.

Nokia Lumia 520

Kemaskini Lumia Black membawakan beberapa pembaharuan, termasuk kaedah baru mematikan aplikasi pada skrin app-switcher, kemaskini aplikasi Nokia seperti Drive Mode dan Nokia Storyteller, serta beberapa yang lain. Memandangkan Lumia 520 merupakan peranti spesifikasi rendah dengan memori 512MB RAM sahaja, maka ia tidak akan menerima sokongan Nokia Beamer dan juga Nokia Refocus.

Apa pun, bagi mereka yang menggunakan Nokia Lumia 520, boleh mengemaskini peranti anda hari ini dengan ke halaman Settings > Phone Update hari ini.

Nota: