Kemaskini BlackBerry 10.2 Akan Diperkenalkan Bermula Minggu Ini

Pihak BlackBerry hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan pengenalan kemaskini BlackBerry 10.2, yang mana akan dilakukan secara berperingkat bermula minggu ini. Pengguna di Asia Pasifik akan menjadi antara yang terawal menerima kemaskini tersebut.

Melalui kemaskini BlackBerry 10.2, beberapa fungsi baru disertakan. Antaranya adalah Priority Inbox yang membolehkan anda melihat senarai mesej yang penting terlebih dahulu, sokongan BBM Video dengan Natural Sound – menawarkan sokongan audio yang lebih realistik berbanding kebiasaan, dan juga kebolehan untuk melihat notifikasi BBM dan SMS daripada sebarang aplikasi.

Kemaskini BlackBerry 10.2 Akan Diperkenalkan Bermula Minggu Ini

Selain itu, sokongan BlackBerry Keyboard juga ditambah baik, memudahkan lagi proses salin-dan-tampal. BlackBerry 10.2 juta turut menambah notifikasi pada lock-screen, yang mana menawarkan lebih paparan kandungan berbanding sebelumnya.

Beberapa kemaskini lain termasuk adalah fungsi Reply Now dan juga kemaskini pada bahagian kalendar.

Nota: