Kemaskini BlackBerry 10.2.1 Dijangka Hadir Minggu Hadapan

BlackBerry 10.2.1 merupakan kemaskini sistem operasi untuk peranti yang menjalankan BB10, seperti BlackBerry Z30, Z10 dan sebagainya. Daripada desas-desus awal, ia dikatakan akan hadir pada minggu hadapan kepada pengguna umum.

BlackBerry 10.2.1

BlackBerry 10.2.1 dilihat menyertakan beberapa fungsi baru seperti kebolehan memasang aplikasi Android dengan lebih mudah, sokongan mengubah Quick Settings, dan beberapa yang lain.

Pihak BlackBerry Malaysia sendiri dilihat akan mengadakan sebuah acara khas pada hari Khamis ini berkongsi akan mengenai beberapa perkara berkaitan BlackBerry 10.2.1 ini.

Mungkin kita akan mengetahui sama ada ia benar atau tidak pihak BlackBerry akan memperkenalkannya pada minggu depan pada acara khas pihak BlackBerry Malaysia kelak.

Nota: