Kemaskini Android KitKat Hadir Untuk Xperia Z1, Z1 Compact Dan Z Ultra

Pihak Sony Mobile dilihat kini telah mula memperkenalkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk para pengguna tiga peranti Xperia utama mereka, iaitu Xperia Z1, Xperia Z Ultra dan juga Xperia Z1 Compact.

Sony Xperia KitKat

Menurut Sony, ia menyertakan kemaskini utama Android 4.4 KitKat yang membawakan beberapa fungsi dan pengoptimasian antaramuka baru, Status Bar dan tetapan pantas yang lebih dikemaskini, kemaskini untuk aplikasi daripada Sony seperti Walkman, Album serta beberapa yang lain.

Daripada percubaan kami, kemaskini untuk Xperia Z1 telah pun boleh dimuat-turun pengguna bermula hari ini.

Selain ketiga-tigan peranti ini, pihak Sony turut mengatakan mereka akan menawarkan Xperia Z, Xperia ZL, Xperia Tablet Z, dan juga Xperia ZR kemaskini yang serupa bermula suku kedua 2014 ini.

Untuk pengguna Xperia Z1, Xperia Z1 Compact dan juga Xperia Z Ultra, anda boleh menghubungkan peranti anda ke Sony PC Companion dan menyemak kemaskini baru melaluinya.

Nota: