Kemaskini Android 4.4 KitKat Diumumkan Untuk Pengguna Xperia M2 Dan Xperia M2 Dual

Sony kini secara rasminya telah mengumumkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk dua lagi peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada mereka, iaitu Xperia M2 dan juga Xperia M2 Dual.

Sony Xperia M2 Dual

Kedua-dua peranti ini telah diperkenalkan pada awal tahun ini, dan dengan kemaskini baru ini, ia menyertakan beberapa fungsi baru – seperti pada Xperia Z2 dan Xperia E2 sebelum ini.

Antara fungsi baru yang disertakan adalah sokongan pengoptimasian dari segi antaramuka, selain penambah-baikkan prestasi peranti berkenaan. Pengguna juga kini boleh memindahkan aplikasi dari storan terbina ke storan kad-SD, disamping memuat-turun pelbagai jenis tema yang ditawarkan melalui Xperia Themes.

Sony turut mengemaskini pelbagai aplikasi mereka melalui kemaskini ini, disamping menjadikan peranti ini selari dengan beberapa peranti boleh-pakai daripada Sony.

Kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin anda akan menerimanya pada peranti anda tidak lama lagi.

Nota: