Kemaskini Android 4.4 KitKat Dengan ZenUI Hadir Untuk Asus Padfone 2

Bagi para pengguna Asus Padfone 2 (A68), hari ini pihak Asus secara rasminya telah mengumumkan yang mana anda boleh mengemaskini peranti hibrid anda tersebut kepada Android 4.4 KitKat dan menikmati beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Asus Padfone Kitkat

Padfone 2 sebelum ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012 yang lepas, dimana ia membawakan gabungan telefon bersaiz 4.7-inci dengan Padfone Station bersaiz 10.1-inci. Ia menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich ketika pengenalan tempoh hari.

Melalui kemaskini Android 4.4 KitKat juga, pihak Asus memperkenalkan sokongan antaramuka Asus ZenUI, sekaligus menawarkan beberapa fungsi khusus seperti sokongan “To Do”, “Whats Next”, dan beberapa yang lain. Pengguna turut boleh menetapkan paparan beberapa informasi terus pada lockscreen dan juga talam notifikasi – termasuk informasi berkaitan panggilan, mesej, cuaca dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh membuat salinan pendua untuk data-data anda, dan seterusnya ke halaman Asus HelpDesk, dan memuat-turun firmware terkini untuknya iaitu WWE V11.8.3.3.

Nota: