Kemaskini Android 4.4.4 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Moto X

Moto X Android 4.4.4Motorola boleh dikatakan antara pengeluar peranti yang menawarkan kemaskini Android dengan pantas untuk peranti keluaran mereka. Selepas menawarkan kemaskini untuk Moto G, kini pengguna Moto X di Malaysia juga sedia untuk menaik-taraf sistem operasi mereka.

Kemaskini Android 4.4.4 KitKat ini boleh dikatakan kemaskini kecil, dimana ia menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya. Antaranya adalah sokongan rakaman gambar yang lebih baik, kebolehan menjedakan video ketika rakaman, aplikasi dialer yang dikemaskini, dan beberapa yang lain.

Bagi pengguna peranti Moto X, anda boleh mengemaskini sistem operasi anda dengan ke halaman Settings > About Phone > System Updates.

Nota: