Kemaskini Android 4.4.2 KitKat Hadir Untuk Galaxy S4 GT-i9500

Galaxy S4 KitKatSelang beberapa hari selepas kemaskini KitKat hadir untuk pengguna Galaxy S4 LTE, kini pengguna variasi peranti tersebut dengan sokongan 3G, turut boleh mengemaskini peranti anda dan menggunakan versi Android terkini bersama-sama dengannya.

Perubahan yang dibawa melalui kemaskini ini tidak begitu banyak, dimana ia menyertakan beberapa perubahan kecil dari segi antaramuka, disamping menawarkan lebih kawalan – terutamanya pemilihan aplikasi untuk permesejan, kebolehan membuat percetakkan dengan mudah, serta beberapa fungsi lain.

Bagi pengguna Samsung Galaxy S4 (GT-i9500), anda boleh mengemaskini peranti anda hari ini dengan ke halaman Settings > More > About Device > Software Update, ataupun menggunakan perisian Kies untuk melaksanakannya.

Nota: