Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean Hadir Untuk Pengguna Galaxy S3

Bagi pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S3, ia dilihat pihak Samsung telah mula memperkenalkan kemaskini Android 4.3 Jelly Bean untuk anda, sekaligus menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean ini membolehkan pengguna Galaxy S3 untuk menggunakannya bersama-sama Galaxy Gear, disamping mana ia turut membawakan kemaskini dari segi sokongan grafik, multimedia dan juga Bluetooth. Penggunaan TRIM juga menjadikan peranti S3 lebih pantas berbanding sebelumnya. Beberapa kemaskini antaramuka turut dibawakan, dan dilengkapi dengan penambah-baikkan sekuriti untuk Galaxy S3. Samsung turut menyertakan beberapa aplikasi baru, termasuk sokongan Driving Mode untuk pengguna.

Pengguna Galaxy S3 boleh mula memuat-turun kemaskini Android 4.3 Jelly Bean untuk peranti anda dengan ke Settings > About Phone > Software Update, dimana saiznya dianggarkan sekitar 450MB.

Nota: