Kemas Kini Android Wear 2.0 Ditangguh Ke 2017- Bakal Menerima Play Store Tersediri

Kita sudah hampir memasuki bulan Oktober dan satu ramalan untuk 2016 nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Menurut beberapa analisis 2016 akan menjadi tahun jam tangan pintar. Pelancaran jam tangan pintar Android Wear dan Watch OS dikatakan akan menjadi mangkin kepada penjualan jam tangan pintar. Oleh kerana sambutan kurang menggalakkan dari pengguna, tidak mengejutkan tidak banyak jam tangan pintar baru dilancarkan tahun ini.

Ini bukan satu-satunya berita kurang baik. Kemas kini Android Wear 2.0 juga ditangguh sehingga awal tahun hadapan. Keputusan majoriti pengeluar untuk tidak menghasilkan model baru mungkin menjadi sebab ini dilakukan oleh Google. Ujian Beta akan diteruskan bagi melancarkan lagi Android Wear 2.0 buat masa ini. Pada waktu yang sama dengan Android Wear 2.0, aplikasi untuk jam tangan pintar akan boleh diakses menerusi Play Store For Android Wear Kelak. Dengan adanya stor khas, ini akan memudahkan pengguna mencari aplikasi dan muka jam untuk peranti mereka di kelak.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: