Kemalangan: Tunggu Jawapan Isteri Baru Bagi Bomba Potong Kaki

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kemalangan: Tunggu Jawapan Isteri Baru Bagi Bomba Potong Kaki | Suining – Cinta itu buta atau manusia yang buta? Itu persoalan yang ditanyakan oleh orang ramai di bandar ini selepas seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya, hanya mahu diselamatkan sekiranya isterinya mengesahkan akan terus mencintainya meskipun dia cacat.

Lelaki tersebut, Kong Huang, 35, ketika itu terperangkap dalam traknya yang dipenuhi muatan pasir selepas dia terlanggar sebuah kenderaan lain.

Ketika pasukan penyelamat tiba di situ, mereka memberitahu Huang bahawa sebelah kakinya terpaksa dipotong dalam proses menyelamat tersebut.

Namun Huang enggan dan mahu menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum diselamatkan meskipun ketika itu kecederaannya semakin serius.

“Adakah awak akan mencintai saya meskipun saya hanya ada sebelah kaki,” demikian soalan yang ditanyakan kepada isterinya.

Setelah wanita itu mengesahkan cintanya kepada Huang, barulah dia memanggil pasukan penyelamat “teruskan, saya boleh terus hidup’.

Selepas beberapa jam, Huang berjaya diselamatkan dengan sebelah kakinya terpaksa dipotong.

“Saya bersyukur kerana mendapat cinta yang tidak berbelah bagi terhadap isteri saya. Saya amat bertuah,’’ katanya. – mynewshub

If you enjoyed this post, you should read this: Beginilah Kehidupan Menyedihkan Dalam Penjara Di Afrika

Kemalangan: Tunggu Jawapan Isteri Baru Bagi Bomba Potong Kaki
Emas Putih

Nota: