Kelak Anda Boleh Menetapkan Pokemon Yang Anda Minati Pada Pokemon Go

Masih bermain Pokemon Go? Pihak Niantic nampaknya sedang berusaha keras dalam memperkenalkan pelbagai beberapa perkara baru dalam permainan berkenaan bagi mengekalkan minat pengguna terhadap permainan berkenaan, dan kini salah satu fungsi baru yang akan datang adalah Buddy Pokemon.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menetapkan Pokemon kegemaran – sekaligus ia akan hadir dan dipaparkan pada bahagian profil dan avatar pengguna.

Selain hanya pada paparan, melalui penggunaan Buddy Pokemon juga, ia akan menawarkan beberapa bonus berbeza kepada pengguna, dan beberapa ganjaran khusus dalam permainan.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan melalui kemaskini Pokemon Go akan datang untuk iOS dan juga Android.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: