Kegemparan baru di Internet: Artis Melayu tayang isteri separuh bogel

Kini ada kegemparan baru di Internet – seorang artis Melayu dikesan bergambar dengan seorang wanita dipercayai isterinya dalam keadaan separuh bogel.

Foto itu kini diedarkan di merata tempat di Internet, termasuk blog, laman sosial Facebook, Twitter serta forum.

Wanita berkenaan yang sedang mengandung, bergambar dalam keadaan menjolok mata sambil menayangkan perutnya yang terdedah dan ditonton ramai komuniti online.bogel, malu

Foto itu menerima kritikan dan kecaman ramai komuniti online tempatan sama ada komen di blog, Facebook atau forum.

Selain kritikan dan kecaman, perlakuan itu turut menjadi bahan sendaan di Internet.

Bukan itu sahaja. Ia turut menarik minat ramai blogger tempatan untuk memaparkannya di blog masing-masing.

Topik ini cepat menjadi popular hanya dalam masa beberapa jam selepas ia ditampilkan di Internet.

Carian di Google bagi ‘artis tayang perut isteri’ pada 10.23 malam ini menghasilkan 297,000 hasil carian, sebahagiannya mengenai foto artis terbabit.  – inimajalah.com

Nota: