Kecil-kecil cili padi

Utama

am@hmetro.com.my

Batu Kawan: Hanya dua calon iaitu lelaki dan perempuan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pulau Aman (SKPA), Batu Kawan, hari ini.

Bagaimanapun, Siti Nurzulaiha Mat Sidi dan Muhammad Danish Ikmal Mohd Rosdi, 12, bertekad mahu membuktikan mampu mencatatkan keputusan cemerlang walaupun sekolah mereka terletak di pulau kecil dengan jumlah 23 murid keseluruhan dan 13 guru.

Kedua-duanya menyedari harapan terpikul di bahu mereka amat tinggi, namun tidak mahu rasa tertekan dengan tanggungjawab yang diberikan itu.

Guru Besar SKPA, Nokman Che Abas, berkata hanya dua calon UPSR menduduki peperiksaan berkenaan tahun ini berbanding tiga calon tahun lalu.

“Kita mengharapkan mereka lulus 100 peratus berdasarkan keupayaan mereka yang lulus 100 peratus pada ujian percubaan lalu,” katanya.

Image: 
Azma Razana Johari

Batu Kawan: Hanya dua calon iaitu lelaki dan perempuan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pulau Aman (SKPA), Batu Kawan, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: