Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Keanehan Batu Raksasa Yang Tak Bergolek Diatas Tanah Condong | Sebuah batu besar menarik perhatian para pelancong yang berkunjung di Mahabalipuram , India . Keanehannya adalah batu tersebut dapat berdiri tegak dengan kedudukan yang seharusnya membuatnya terjatuh bergolek .
Batu itu dikenali dengan nama Butterball Krishna dengan diameter 5 m . Kedudukannya bertenggek selesa di tanah condong yang gersang tanpa tumbuhan , seolah – olah melawan hukum fizik . Menurut mitos masyarakat Hindu kedudukan itu dikaitkan legenda Dewa Krishna yang berusaha mencuri mentega dari dalam balang milik ibunya .
Kedudukan batu yang aneh itu lantas jadi popular di kalangan pelancong yang berkunjung di Mahabalipuram . Bayangan yang dihasilkan batu itu sering digunakan untuk berteduh meskipun bahaya menanti jika batu tersebut jatuh di atas kepala . KAnak – Kanak juga kerap menggunakan tanah condong itu untuk main gelongsor kerana tektsur tahah tersebut halus .
Mahabalipuram merupakan bandar kuno bersejarah yang digunakan pedangan pada zaman dulu berlabuh saat menuju Asia Tenggara . Namun kini bandar tersebut hanya sebagai pelancongan di sekitar Chennai yang menawarkan tapak kuil , gua atau batu pahat . Mahabalipuram juga sudah ditetapkan sebagai Warisan Dunia UNESCO .
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Inilah Pemandangan Sebelum Dan Selepas KLCC Dibina
Keanehan Batu Raksasa Yang Tak Bergolek Diatas Tanah Condong
Emas Putih