Kasihan! Bayi Ini Tidak Dapat Membuka Mulut Sejak Lahir

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kasihan! Bayi Ini Tidak Dapat Membuka Mulut Sejak Lahir | Sebuah keluarga yang terdesak untuk mendapat jawapan mula menggunakan internet untuk mengetahui mengapa bayi lelaki mereka yang berusia 10 bulan tidak dapat membuka mulutnya.

Rahang bayi bernama Wyatt itu yang terkunci menghairankan para doktor sejak dia dilahirkan, dan walaupun Scott sekeluarga telah membawa bayi tersebut berjumpa dengan berbagai pakar, mereka masih tidak dapat mengenalpasti punca masalah tersebut, kata Andrew Scott, bapa kepada bayi itu kepada ABCNews.com.

Jadi isterinya, Amy, telah mengambil keputusan membuka sebuah laman web, WhatsWrongWithWyatt.com, dengan harapan seseorang akan dapat mengenalpasti keadaan bayinya lalu menawarkan penyelesaian. “Setiap orang yang kami jumpa tidak pernah menemui keadaan sebegini sbelum ini, harapnya seseorang akan melihat web ini dan akan mendapat ilham tentang bagaimana kami perlu bertindak.”

baby1 Kasihan! Bayi Ini Tidak Dapat Membuka Mulut Sejak Lahir

Apabila Wyatt dilahirkan pada Jun lalu di Ottawa, Kanada, para doktor cemas serta-merta setelah bayi itu tidak dapat membuka mulutnya — bimbang dia tidak dapat bernafas dan perlu di intubated. Bayi tersebut menghabiskan masa selama tiga bulan berikutnya di hospital. Sejak itu, keluarga Scott perlu mendail 911 sebanyak enam kali kerana Wyatt telah tercekik dan tidak dapat membuka mulutnya. Menurut bapanya, pernah sekali, mereka perlu melakukan CPR, dan pada masa yang lain, lelehan hidung yang berdarah telah tertumpah keluar dari mulutnya dan menakutkan mereka semua.

Doktor yang merawat Wyatt, Dr. J.P. Vaccani, berkata keadaan tersebut, congenital trismus adalah jarang berlaku dan lazimnya berpunca dari sendi yang bercantum atau lapisan tisu yang berlebihan. Tetapi imbasan CT dan MRI Wyatt menunjukkan keadaan yang normal. “Ia satu keadaan yang luarbiasa apabila dia tidak dapat membuka mulutnya, dan tiada sebarang sebab jelas untuk itu. Selain daripada itu, dia merupakan seorang bayi yang sihat.” Kata Dr. Vaccani, seorang pediatrik otolaryngologist di Hospital Kanak-Kanak Eastern Ontario.

Menurut Dr. Vaccani lagi, ada kemungkinan terdapatnya masalah otot, tetapi untuk mengetahuinya, doktor perlu menidurkan Wyatt dan melakukan boipsi otot. Malangnya, pakar ubat pelali tidak begitu selesa melakukannya memandangkan mereka tidak akan dapat mengawal pengudaraan Wyatt jika mereka tidak dapat membuka mulutnya.

baby2 Kasihan! Bayi Ini Tidak Dapat Membuka Mulut Sejak Lahir

Seperti kebanyakan bayi yang lain, Wyatt menghadapi masalah mengawal rembesannya, seperti air liur, kata Dr. Vaccani. Tetapi bayi yang normal dapat membuka mulut mereka apabila air liur terlalu penuh. Wyatt tidak dapat berbuat begitu, yang menyebabkan mengapa dia kerap tercekik.

Memandangkan anak perempuan keluarga Scott, kakak kepada Wyatt telah mula ke tadika, dia telah membawa balik berbagai virus, menjadikan Wyatt sering sakit dan tercekik. Doktor telah menggunakan Botox untuk menenangkan otot rahang Wyatt, membolehkan dia membuka mulutnya sedikit, tetapi ia bukan satu penyelesaian yang lengkap, kata Andrew.

Sejak melancarkan laman web tersebut pada bulan ini, keluarga Scott telah menerima berdozen email daripada mereka yang bersimpati dan individu yang mengatakan mereka tahu tentang masalah tersebut. Dr, Vaccani berkata seorang doktor gigi dari Vancouver telah menghubunginya bagi berbincang tentang seorang budak yang mempunyai masalah yang seakan sama. Matlamat keluarga bayi tersebut membuka laman web telah berhasil kerana orang ramai mula menghubungi kami, tambahnya lagi.

If you enjoyed this post, you should read this: Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bercerai Talak Satu

Kasihan! Bayi Ini Tidak Dapat Membuka Mulut Sejak Lahir
zyra roxx

Nota: