Kari telur punya hal

Utama

hafizee@hmetro.com.my

Ipoh: Tujuh puluh pelajar Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA), Lahat, di sini, keracunan makanan selepas dipercayai makan kari telur di kantin asrama.

Kesemua pelajar iaitu 49 lelaki dan 21 perempuan yang mengalami simptom itu sudah menerima rawatan di lima klinik swasta, termasuk pelajar berusia 14 tahun dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta, di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kesemua pelajar dibawa ke klinik selepas sakit perut, cirit, muntah, pening dan loya, semalam.

Katanya, pihaknya sudah menjalankan siasatan di dapur asrama itu dan sudah mengambil beberapa sampel seperti telur, papan pemotong, periuk yang digunakan untuk merebus telur, tempat penghidang makanan dan pisau pemotong telur.

“Sehingga ini, kita mengesyaki simptom itu berlaku disebabkan bakteria `Salmonella’ dan JKN sudah mengarahkan premis dapur asrama itu ditutup, 7 malam semalam, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988.

“Kompaun RM1,000 dikenakan kepada pengusaha kantin asrama itu mengikut Akta Makanan 1983, Peraturan (11)Kebersihan Makanan 2009,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Image: 
Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Tujuh puluh pelajar Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA), Lahat, di sini, keracunan makanan selepas dipercayai makan kari telur di kantin asrama.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: